Khabar duka menyelubungi keluarga pelakon Amyza Aznan apabila anak sulungnya, Andre Mikhail bin Khairil Izhar dilaporkan meninggal dunia pada malam Isnin akibat kanser paru-paru.
Amyza Aznan beritahu khabar duka
Perkara itu dinyatakan sendiri Amyza menerusi hantaran di media sosial apabila mengesahkan perkara tersebut.
“Asalamualaikum dengan dukacita anak saya, Andre Mikhail bin Khairil Izhar telah pulang ke negeri abadi.”

Amyza Aznan mohon sedekahkan al-fatihah
Susulan daripada itu, beliau berharap orang ramai dapat menyedekahkan al-fatihah buat anak tersayang yang kini sudah berpulang ke rahmatullah
Minta semua sedekahkan al-Fatihah kepada anak saya,” tulisnya.

Artikel lain: Pernah ‘hilang’ anak akibat kanser, Linda Rafar tak boleh tidur fikir cara bantu Amyza Adnan
Allahyarham yang berusia 20 tahun sebelum ini disahkan menghidap kanser paru-paru tahap empat sejak 15 Februari tahun lalu.

Beberapa hari lalu, beliau dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi menerima rawatan sebelum disahkan meninggal dunia.
Sumber: Instagram amyzaaznankaaia






