Sanusi membosankan, asyik cari salah kerajaan – UMNO Kedah

Sanusi membosankan, asyik cari salah kerajaan – UMNO Kedah


KUALA LUMPUR – Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor sepatutnya bersyukur kerana Kerajaan Pusat telah melulus RM5 bilion untuk pengupayaan sistem tali air Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dan menaik taraf infrastruktur penanaman padi.

Tapi tidak, ia bagai melepaskan anjing tersepit.

Ketua Penerangan UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, ini menunjukkan profesional Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang masih lagi meluluskan peruntukan buat Kedah walaupun ditohmah dan dimaki oleh Sanusi.

“Sanusi sedar, dia sekarang sangat ‘Fragile’, isu pelaburan KXP 2.5 billion masih tak dapat dapat. Kononnya masih tak dapat selesaikan isu SPV. Syarikat Cosec apa dia guna ni? Lambat betul. Belum lagi pelabur pelabur lain lari.

“Dan atas sebab itu lah Sanusi bankrap idea, akhirnya guna lah konsep 5R pada tempat yang salah, kitar semula isu isu lama untuk terus relevan. Dan lebih penting untuk buat orang lupa isu sebenar,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Shaiful Hazizy menyifatkan Muhammad Sanusi sebagai seorang yang membosankan kerana  tidak habis-habis membangkitkan apa sahaja isu yang menyalahkan Kerajaan Pusat .

“Tidak salah kalau hendak buat proses semak dan imbang, tapi yang dia buat proses sembang.

“Baru baru ini dia kembali semula dengan isu lapuk kata kerajaan negeri rugi ratusan juta kerana terpaksa menyimpan tanah tanah tanaman padi yang sepatutnya boleh dikomersialkan. Ini lah namanya pemikiran hendak mudah sahaja.

“Dia sebenarnya boleh sahaja untuk mengkomersialkan lagi padi tersebut, tetapi apa yang terjadi, hendak tukar ke tanah komersial. Ada dia fikir apa nasib petani petani dan pesawah pesawah? Tidak.

“Rakyat tidak lupa. Rakyat Kedah masih menanti dengan segala janji janji manis Sanusi yang kini semakin menjadi pahit hempedu. Segala segala mimpi bulan dan bintang Sanusi tawarkan, kini jadi mimpi ngeri sahaja.

“Akhirnya, semetelah Sanusi gagal menjual mimpi, Sanusi muncul dengan strategi baru dengan tagih simpati, konon kerajaan negeri ditindas dan dipaksa miskin. Kesian,” katanya. – MalaysiaGazette



Source link

OR

Scroll to Top