Sejak minggu lalu hangat diperkatakan mengenai nama pempengaruh media sosial, Sarah Yasmine apabila namanya dikaitkan dengan pelakon Niezam Zaidi.
Baru-baru ini, komen balas Sarah menjadi perhatian apabila mengakui dia tidak sukakan lelaki yang mempunyai fizikal rendah atau pendek.
BACA: “2 Tahun Saya Tunggu” – Sarah Yasmine Tuntut Bella, Didi Astillah Tunai Janji

“Tak nak. Tak suka lelaki pendek,” tulisnya ringkas.
Difahamkan, Sarah membalas satu hantaran daripada netizen dimana ramai yang menyokongnya jika dia berjaya melakukannya.
“Sarah yasmine, tolonglah sondol samtot. Untuk pertama kalinya, awak akan dapat rasa netizen Malaysia sokong awak kalau berjaya,” tulis individu itu.
Terdahulu, Sarah menafikan dakwaan dia mempunyai hubungan istimewa dengan Niezam Zaidi selepas perbualan mereka tular di media sosial.






