“Dulu Saya Menyanyi Hauk Juga, Tapi Menang Tempat Ketiga”

“Dulu Saya Menyanyi Hauk Juga, Tapi Menang Tempat Ketiga”


Peserta Talk To My Manager musim pertama, Oddah meminta agar netizen berhenti mengecam Ammara yang juga anak kepada Azad Jasmin dan Eira Syazira.

Memetik HibGlam, Oddah berkata Ammara baru saja berusia 13 tahun namun dikecam teruk, serta mempersoalkan tindakan individu yang mengecam peserta TTMM musim kedua itu.

BACA: “Anak Saya Ni Lain” – Shiera Terima Keputusan Oddah Nak Berhenti Sekolah

“Sejujurnya saya rasa sangat kasihan dengan Ammara. Dia baru berusia 13 tahun dan menjadi antara peserta TTMM2 yang paling banyak dikecam.

“Netizen selalu bercakap tentang hentikan buli siber. Tetapi mereka sendiri yang membuli budak umur 13 tahun tanpa mereka sedar.

“Saya rasa netizen lebih tua daripada Ammara. Tetapi kenapa masih nak kecam budak? Tak malu ke?,” katanya.

Sementara itu, Oddah berkata setiap peserta TTMM dilayan sama rata sekaligus menafikan tuduhan netizen bahawa Ammara anak emas program berkenaan.

“Saya ada baca netizen tuduh Ammara sebagai anak emas TTMM2. Sebenarnya tiada siapa pun yang jadi anak emas. Kami semua dilayan sama rata.

“Sejak TTMM1 lagi semua sudah maklum macam mana format program ini. 60 peratus markah adalah untuk  manager (pengurus). Tak semestinya kena menyanyi dengan bagus. Mereka ingin melihat dari sudut kreativiti.

“Macam saya dulu menyanyi hauk juga. Sumbang sana sini. Tetapi tiba-tiba menang tempat ketiga. Itu kerana kreativiti ibu saya sebagai seorang ‘manager’. Dia berfikir di luar kotak,” katanya.

Sumber: HibGlam






Source link

OR

Scroll to Top