Pelakon dan penyanyi Bella Astillah berkata dia akan sentiasa berada di belakang tunangnya, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq.
Memetik Astro Gempak, Bella turut menitipkan kata-kata semangat buat tunangnya agar terus tabah susulan penangguhan rayuan hari ini.
BACA: Bella Astillah Jemput Orang Ramai Solat Hajat Untuk Syed Saddiq
“Semoga tabah… InsyaAllah, saya akan sentiasa berada di belakangnya,” katanya.
Sementara itu, Bella menghormati mahkamah yang menangguhkan rayuan akhir kes Syed Saddiq kepada 13 Julai depan.
“Kita menghormati mahkamah… ada perkara yang kita tak boleh nak jangkakan. Kita doa yang terbaik,” katanya.
Sepatutnya, Syed Saddiq akan mengetahui nasibnya hari ini sama ada kekal bebas atau diarahkan menjalani hukuman penjara atas empat pertuduhan bersubahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram membabitkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA).
Sumber: Astro Gempak
Gambar: Sinar Harian





