Pelakon Fatiya Latiff mengakui dirinya seorang yang sangat naif satu ketika dahulu kerana tidak tahu apa yang betul dan salah.
Menerusi satu hantaran di Threads, Fatiya berkata disebabkan kenaifannya itu banyak kesilapan dia lakukan dan pengalaman memantangkan dirinya.
BACA: “Pergi Majlis Ilmu Sebab Nak Dengar & Tengok Suasana Baru”

Tambahnya lagi, apa yang dilaluinya terdahulu mengajarnya untuk bezakan perkara wajar dan tidak wajar untuk dilakukan.
“Dulu saya sangat naif. Saya tak tahu apa yang betul dan apa yang salah. Banyak kesilapan yang saya buat.
“Sekarang saya dah boleh bezakan apa yang patut dan tak patut dibuat daripada pengalaman. Harap semuanya akan jadi lebih baik, insya-Allah,” katanya.






