“Saya Berterima Kasih Kepada Polis Tangkap Saya & Tak Makan Rasuah” – Ameng

“Saya Berterima Kasih Kepada Polis Tangkap Saya & Tak Makan Rasuah” – Ameng


Penyanyi Ameng Spring menzahirkan terima kasih kepada pihak polis yang menangkapnya kerana itu menjadi titik perubahan dalam kehidupannya.

Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Ameng mengakui dia bukan manusia yang baik namun di pengalaman di tirai besi mengubah dirinya.

BACA: Ameng Dedah Jamal Abdillah Bawa Duit Nak Jamin Ketika Di Penjara

@meloditerhangat

Penyanyi Ameng Spring meluahkan penghargaan kepada pihak polis yang pernah menahannya suatu ketika dahulu dan mengakui pengalaman itu banyak mengubah kehidupannya. Menurut Ameng, dia bersyukur kerana pihak berkuasa menjalankan tugas dengan amanah tanpa menerima rasuah sehingga membuatkan dirinya benar-benar sedar dan insaf atas kesilapan lalu. Katanya lagi, pengalaman masuk penjara menjadi titik perubahan terbesar buat dirinya untuk bangkit, berubah dan menghargai kehidupan dengan lebih baik hari ini. #meloditerhangat

? original sound – Melodi Terhangat – Melodi Terhangat

“Diri saya bukanlah seorang yang bagus tapi saya ‘dibaguskan’. Kalau saya tak masuk penjara, saya takkan jadi macam sekarang,” katanya.

Sementara itu, Ameng turut berterima kasih dengan pihak polis yang tegas menjalankan tugas ketika ditahan atas kesalahan penyalahgunaan dadah.

“Saya berterima kasih kepada polis yang tangkap saya. Dia tidak makan rasuah. Cuba bayangkan kalau dia makan rasuah, saya duit banyak, tanah pun banyak berpuluh ekar.

“Saya boleh bayar kalau dia makan rasuah. Tapi Allah jentikkan hatinya supaya ‘straight’ dengan saya dan tangkap saya. Terima kasih tuan, menjalankan tugas dengan betul ketika itu,” katanya.






Source link

OR

Scroll to Top