Pelakon Siti Khadijah berkata dia bukan berada di tempat untuk meghakimi individu yang melakukan prosedur kecantikan untuk tampil lebih menarik.
Memetik Oh Bulan, Khadijah berkata keputusan tersebut adalah hak masing-masing dan baginya tidak perlu berkata lebih mengenai perkara itu kerana kita tidak tahu apa akan terjadi di masa hadapan.
BACA: Siti Khadijah Tak Selesa Berkemban, Minta Produksi Sediakan Kardigan
“Pada saya, ini bukan tempat saya untuk bercakap sebabkan perbalahan orang lain. Siapalah saya untuk komen tapi pada saya jangan berkata lebih sebab kita pun tak tahu bila masa kita kena.
“Bila kita semakin dewasa, kita boleh berfikir tapi kadang-kadang wang pun boleh mengubah segala-galanya. Bila kita banyak duit, kita mungkin sedikit lalai dan nak naik taraf.
“Mungkin bila kita ada duit lebih kita pergi buat rawatan muka kemudian berubah ke arah nak buat dagu, kening atau macam-macam lagi,” katanya.
Sementara itu, Khadijah meluahkan rasa syukur diatas pujian diterima mengenai kecantikannya namun meminta agar tidak memuji berlebih-lebihan kerana bimbang penyakit ain.
“Saya tiada Threads, tapi ramai juga kenalan saya yang tangkap layar dan hantarkan kepada saya. Saya rasa sangat berterima kasih kepada mereka yang memuat naik. Saya rasa terharu tapi sebenarnya saya biasa sahaja.
“Tolong jangan ada ‘high expectation’ (jangkaan tinggi). Takut jumpa dalam kehidupan sebenarnya tiba-tiba lain Takut, saya biasa-biasa saja. Jangan puji lebih-lebih, nanti naik jerawat. Penyakit ain ini serius,” katanya.
Sumber: Oh Bulan






