Pempengaruh media sosial, Ubai berkata dia melakukan pekerjaan e-hailing atau penghantar barang apabila bosan dengan tugasan hariannya.
Memetik mStar Online, Ubai berkata dia melakukan kerja penghantar barang itu untuk mengisi masa lapang dalam masa yang sama boleh berinteraksi dengan orang ramai.
BACA: “Semoga Jadi Guru Berdedikasi Macam Arwah Mak Impikan” – Ubai Hadiahkan Adik Suzuki Vitara
“Terma freelance itu saya rasa ramai yang kurang faham menyebabkan mereka sering bertanya saya kerja apa. Kejap-kejap beli itu, beli ini. Macam semalam, saya ada buat Grab.
“Kalau bosan, memang saya akan buat Grab. Lagipun saya baru beli motosikal baru tapi nak pergi menunggang jauh tak boleh. Jadi saya cakaplah nak buat Grab.
“Kadang-kadang kerja sendiri kita menghadap komputer riba, buat jalan cerita sampai rasa bosan. Jadi esoknya saya ambil cuti, saya pergi buat e-hailing sebab nak jumpa dan dapat borak dengan orang,” katanya.
Sementara itu, Ubai berkata dia bersyukur isterinya iaitu Shila Amzah terbuka dengan pekerjaan dilakukannya itu dan dia tidak perlu mengubah cara hidup meskipun berkahwin dengan selebriti.
“Shila cakap asalkan saya gembira, dia pun gembira. Mungkin dalam stigma masyarakat, kalau bergelar artis atau oang yang ada nama di media sosial mahupun televisyen ini kena sentiasa jaga standard.
“Macam saya, saya dibesarkan dalam keluarga yang normal dan sederhana. Asalkan benda tu halal, tak buat salah dan tak kacau orang, saya okay saja, katanya.
Sumber: mStar Online






