Perkongsian isteri kepada penyanyi Cat Farish iaitu Shikin Maembong menjadi perhatian apabila memuat naik gambar tampil berhijab.
Menerusi hantaran tersebut, Shikin menulis kapsyen hadiah bersempena ulang tahun kelahiran suaminya.
BACA: Gaun Kahwin Tak Muat Masuk Kereta, Shikin Maembong Terpaksa Duduk Belakang Pickup
“Hadiah birthday suami, agak-agak abang @catfarish suka tak? Bismillah,” tulisnya.
Beberapa hari sebelum itu Shikin dan Cat Farish menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ketiga.
Diruangan komen, Cat Farish dilihat ada meninggalkan komen meluahkan rasa syukur dengan perubahan isterinya itu serta menyifatkan ianya hadiah sempena ulang tahun kelahirannya serta perkahwinan mereka.






