Sejak semalam hangat diperkatakan mengenai pelakon Zizan Nin apabila ada yang berkata hampir tidak kenal dengan aktor berkenaan.
Memetik BH Online, Zizan berkata penampilannya hari ini seiring degan usia dan tiada keperluan untuk mengubah penampilan dengan melakukan rawatan botoks.
BACA: “Lainnya Sekarang” – Netizen Hampir Tak Kenal Zizan Nin
“Saya dah berusia 50-an. Bagi saya, penampilan saya sekarang seiring dengan usia. Saya tak ada keinginan untuk ‘repair’ diri dengan rawatan botoks atau pembedahan plastik. Dipanjangkan usia dan kekal sihat pun saya sudah sangat bersyukur,” katanya.
Sementara itu, Zizan berkata mereka yang komen memperlekehkan penampilannya mungkin banyak masa terluang.
“Mungkin mereka ada banyak masa terluang dan seronok memberi pendapat secara berjemaah, walaupun komen itu tidak wajar,” katanya.
Dalam pada itu, menerusi satu hantaran di Threads, Zizan kesal apa bila imejnya diperlekehkan berbanding memberi perhatian dengan apa yang dikongsikannya di podcast berkenaan.

“Ramai yang mengutuk dan memperlekehkan imej saya, bukannya memberi perhatian kepada info yang dikongsikan dalam podcast itu.
“Respon saya ringkas sahaa, I age gracefully. Sejajar dengan usia, kita menua, bukannya semakin muda. Semoga terus sihat, dipanjangkan usia dan menjadi warganegara yang berguna,” tulisnya
Sumber: BH Online





