“Saya Jual Air Kelapa Pandan Ramadan Kali Ini” 

“Saya Jual Air Kelapa Pandan Ramadan Kali Ini” 


Pelakon Sophia Albarakbah memaklumkan dia akan berniaga di bazar Ramadan menjual air kelapa pandan.

Memetik HibGlam, Sophia berkata dia akan berniaga bersama kakaknya bermula hari ketiga Ramadan di bazar Stadium Merdeka.

BACA: 14 Tahun Kenal, Sophia Albarakbah Tak Tolak Jodoh Dengan Kawan Baik

“Istimewanya Ramadan kali ini saya dan kakak akan jual air kelapa pandan. Kalau tiada penggambaran, saya akan ke bazar bantu kakak. Saya memang suka air kelapa sebab kurang gemar minuman yang terlalu manis dan bergula.

“Selalunya di bazar biasanya air kelapa dijual dalam balang dah letak gula dan ais, tetapi kami jual yang rasa asli, lebih sihat kalau minum terus dari buah kelapa,” katanya.

Sementara itu, Sophia berkata dia mahu memberikan kesedaran kepada orang ramai memilih minuman lebih sihat serta kurangkan gula.

“Kadang-kadang saya sendiri skeptikal tentang kebersihan ais. Jadi air kelapa kami lebih sihat, elektrolit semula jadi. Saya juga nak galakkan orang kurangkan gula,” katanya.

Dalam pada itu, Sophia berkata dia sememangnya peminat air kelapa dan terbuka menerima kritikan mengenai minuman yang bakal dijual.

“Kami akan berlapang dada terima setiap maklum balas daripada pembeli, itu yang penting sebenarnya. Seboleh-bolehnya nak berikan servis terbaik. Saya meniaga kali ini sebab memang sangat minat air kelapa,” katanya.

Sumber: HibGlam






Source link

OR

Scroll to Top