Pelakon Kamal Adli berkata berat buatnya untuk melafazkan cerai terhadap Uqasha Senrose hari ini kerana dia sendiri tidak mahu melepaskan isterinya.
Memetik Harian Metro, Kamal berkata dia turut berharap ada ruang untuk dia kembali rujuk dengan bekas isterinya selepas ini.
BACA: “Terima Kasih Uqasha, Minta Maaf Kalau Saya Jadi Suami Tak Baik”
“Sumpah demi Allah saya tak nak lepaskan pun. Tapi saya dah cakap tadi, saya kena lepaskan sebab saya boleh dapat ruang dan peluang untuk nak rujuk balik,” katanya.
Sementara itu, peguam mewakili Kamal iaitu Abdul Hadi Mohamad Salleh berkata kes hari ini sepatutnya adalah prosiding hakam namun atas persetujuan, Kamal melafazkan cerai.
Menurutnya lagi, Kamal masih berharap masih ada sinar dalam rumah tangganya dengan Uqasha.
“Jadi pada hari ini mereka sah bercerai pada jam 12:56 petang dengan talak raj’ie atas kebenaran mahkamah di hadapan hakim. Kamal berharap masih ada sinar. Memang dia masih lagi berharap sebenarnya.
“Jadi harapan itu masih boleh dipanjangkan hanya dengan mendapatkan satu cerai secara talak raj’ie, iaitu cerai yang boleh dirujuk. Kamal masih lagi boleh berharap, boleh berusaha sekiranya ada jodoh.
Sumber: Harian Metro






