“Saya Selalu Pesan Jaga Solat, Insya-Allah, Allah Akan Jaga”

“Saya Selalu Pesan Jaga Solat, Insya-Allah, Allah Akan Jaga”


Penyanyi Ina Naim sentiasa mengingatkan dan mendidik anak-anaknya terutama Hadie Elfardie agar tidak terbuai dengan populariti serta sanjungan yang diterima daripada peminat.

Memetik Utusan Online, Ina berkata dia tidak mahu melihat anaknya parah seandainya ditakdirkan jatuh satu hari nanti.

BACA: “Maaf Tak Mampu Bagi Lebih” – Hadie Hadiah Ina Naim Rantai Emas

“Saya maklumkan kepada dia, disiplin dan tanggungjawab harus ada, bermula daripada bawah. Jangan selesa berada di atas kerana parah bila jatuh.

“Saya didik anak, buat daripada bawah. Waima melakukan kerja seperti cuci lantai atau bilik air, bermula dari bawah. Dan dia faham perkara itu, Alhamdulillah,” katanya.

Sementara itu, Ina berkata dia sentiasa berpesan kepada anak-anaknya untuk menjaga solat agar sentiasa berada di bawah lindungan Allah.

“Hadi tidak pernah berjauhan dengan saya. Berlainan masa dia sedang belajar, kita faham kawan-kawan dia macam mana.

“Tapi sekarang ini apabila tinggal sendiri, walaupun bersama pembantu peribadi, dia tidak menjaga Hadie sepenuhnya. Itu yang membuatkan saya risau. Tapi Insya-Allah, saya yakin dan percaya dengan Hadi.

“Saya selalu pesan kepada dia, jaga solat, Insya-Allah, Allah akan jaga. Selainnya di luar kawalan kita,” katanya.

Sumber: Utusan Online






Source link

OR

Scroll to Top