Saya seperti sandwic di kerajaan Persekutuan – Ahmad Zahid

Saya seperti sandwic di kerajaan Persekutuan – Ahmad Zahid


JOHOR BAHRU: Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Anwar Ibrahim menyifatkan kedudukan beliau di kerajaan Persekutuan seperti ‘sandwic’ apabila diapit pemimpin Pakatan Harapan (PH) di sebelah kiri dan kanan.

Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO itu bagaimanapun berkata, beliau kekal bersikap profesional kerana sedar kerajaan perpaduan yang telah ditubuhkan dibuat Yang di-Pertuan Agong ketika itu demi kesejahteraan negara dan rakyat Malaysia.

Bagaimanapun katanya, situasi di negeri Johor tidak sama apabila kerajaan negeri yang ditubuhkan sebelum ini merupakan kerajaan BN sepenuhnya.

“Di pusat, kedudukan saya seolah-olah sandwic, di kiri saya Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim manakala di sebelah kiri saya adalah Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook.

“Mereka sepatutnya berterima kasih kepada BN, kerana walaupun kita hanya menang 30 kerusi Parlimen, mereka berjaya tubuhkan kerajaan dengan bantuan kita, kerana 82 kerusi parlimen yang mereka miliki tidak mencukupi,” katanya ketika berucap pada program Himpunan Anak Tiram di Kota Masai, di sini malam ini.

Tambah beliau, rakyat perlu faham bahawa di peringkat pusat, BN merupakan sebahagian daripada kerajaan yang mentadbir negara, manakala di Johor, kerajaan negeri merupakan kerajaan BN.

“Sehubungan itu, dakwaan pihak sebelah sana bahawa rakyat negeri ini perlu memilih kerajaan yang selari dengan peringkat persekutuan tidak terpakai, kerana BN adalah sebahagian kerajaan si pusat,” katanya.

Sementara itu, beliau turut mengulas tindakan bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang mengkritiknya selepas dikenakan tindakan disiplin sehingga buang parti, tiga tahun lalu.

“KJ (Khairy Jamaluddin) nervous nak berucap dan berkongsi pentas dengan saya malam ini, dia nervous kerana tahu pernah buat salah. Tetapi pemimpin berjiwa besar tidak akan pernah tinggalkan parti. Saya juga akui mungkin saya ada kesilapan.

“Walaupun orang tidak melihat saya bercium mulut dengan KJ, tetapi hati kami bersatu kembali kerana perjuangan UMNO, perjuangan BN. Bukan senang terima, apa yang KJ tidak pernah kata kepada saya, tetapi saya maafkan sepenuhnya apa-apa kesilapan yang pernah dilakukan beliau,” katanya.-UTUSAN



Source link

OR

Scroll to Top