“Saya Suka Tanya Teringin Apa? Mama Masak” – Sheila Rusly Suka Menantu ‘Request’ Makanan

“Saya Suka Tanya Teringin Apa? Mama Masak” – Sheila Rusly Suka Menantu ‘Request’ Makanan


Pelakon dan penerbit Sheila Rusly berkongsikan sepanjang 30 tahun mendirikan rumah tangga dia tidak pernah ‘request’ makanan dari ibu mentua kerana tidak pernah ditanya.

Bagaimanapun, Shiela meluahkan rasa syukur dikurniakan anak menantu yang suka ‘request’ makanan daripadanya untuk dimasak.

BACA: Fazura Sifatkan Sheila Rusly Mentua Idaman Setiap Wanita

Menerusi satu perkongsian di Threads, seorang individu bertanyakan mengenai perkara itu dan ibu mentuanya tahu makanan kegemarannya.

Sementara itu, Sheila berkata lagi dia juga suka bertanyakan kepada anak menantunya ada apa-apa makanan yang dimahukan dan dia akan masakkan.

“Alhamdulillah Allah kirimkan anak-anak menantu yang suka request. Saya pula suka tanya Sya dan Trice (menantu Sheila), nak makan apa hari ini? Ada teringin apa-apa tak?Mama masak,” katanya.

Hantaran Sheila itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji pelakon itu sememangnya ibu mentua idaman setiap wanita dan mahu menjadi sepertinya apabila ada menantu kelak.






Source link

OR

Scroll to Top