Pelakon Nur Fazura menjadi perhatian apabila tular video memaparkan dirinya berseloroh ketika menghadiri majlis rumah terbuka peguamnya.
Meskipun hangat diperkatakan mengenai isu hak lawatan anaknya, namun Fazura dilihat tenang.
BACA: Fattah Amin Bakal Fail Semula Permohonan, Dakwa Fazura 6 Kali Langgar Perintah Mahkamah
Menerusi video berkenaan, Fazura sempat berseloroh mengatakan dirinya tidak dipenjarakan kerana sudah berjanji untuk berada di majlis rumah terbuka peguamnya, Fakhrul Azman Abu Hasan sehingga malam.
“Rumah terbuka paling meriah, makanan sedap, rumah meletup, peguam terhebat Malaysia.
“Yang penting saya tak dipenjara oleh peguam saya sebab sudah berjanji untuk ‘stay’ sampai malam. Saya tak langgar perjanjian,” selorohnya.
Terdahulu, bekas suaminya, Fattah Amin dilapor memfailkan permohonan secara ex parte terhadap Fazura atas dakwaan melanggar perintah berkaitan hak lawatan anak perempuan mereka, Nur Fatima Aisya.
Bagaimanapun, pada 31 Mac lalu, mahkamah menolak permohonan Fattah untuk memulakan prosiding komital terhadap bekas isterinya.






