Scheffler dinobat Pemain Terbaik Tahunan Jelajah PGA kali keempat berturut-turut

Scheffler dinobat Pemain Terbaik Tahunan Jelajah PGA kali keempat berturut-turut

Scheffler dinobat Pemain Terbaik Tahunan Jelajah PGA kali keempat berturut-turut


Los Angeles: Pemain nombor satu dunia, Scottie Scheffler dipilih sebagai Pemain Terbaik Tahunan Jelajah PGA bagi musim keempat berturut-turut selepas kempen yang menyaksikan beliau meraih dua kejuaraan utama, menurut pengumuman Jelajah, hari ini.

Scheffler yang memenangi enam gelaran pada 2025, menjadi pemain kedua selepas Tiger Woods menerima pengiktirafan ini selama empat musim berturut-turut atau lebih.

“Tahap konsisten kejayaan Scottie sungguh luar biasa ketika beliau terus mengejar sejarah di Jelajah PGA dan kami teruja untuk melihat apa yang akan dicapai pada 2026,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Jelajah, Brian Rolapp.

Scheffler, 29, memenangi kejuaraan utama ketiganya dengan kemenangan lima pukulan di Kejohanan PGA di Quail Hollow pada Mei.

Beliau menambah gelaran keempat di Terbuka British di Royal Portrush pada Julai.

Pemain dari Afrika Selatan, Aldrich Potgieter dinamakan sebagai Pemain Baharu Terbaik Jelajah PGA.

Potgieter, 21, adalah salah seorang daripada lima pemain baharu yang memenangi kejohanan jelajah pada 2025 dan satu-satunya yang mara ke Pusingan Playoff FedExCup.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top