Sebuah lagi kereta ‘terbenam’ dalam lubang jalan di Seoul

Sebuah lagi kereta ‘terbenam’ dalam lubang jalan di Seoul


SEOUL – Satu lagi kejadian tanah jerlis  berlaku pada hari Jumaat berhampiran lokasi pertama kejadian sama di barat Seoul pada hari sebelumnya.

Insiden itu ‘menelan’ keseluruhan kereta dan mencederakan dua orang termasuk seorang yang dilaporkan kritikal.

“Kami sedang bekerjasama dengan pakar untuk menentukan puncanya,” kata seorang pegawai daerah.

Pada 29 Ogos kira-kira jam 11.25 pagi, sebuah kenderaan yang membawa pemandu dan penumpang terbabas ke tepi jalan selepas merempuh lubang benam selebar 6 meter, panjang 4 meter dan sedalam 2.5 meter di Seongsan-ro di kejiranan Yeonhui, daerah Seodaemun.

Pemandu kenderaan itu, seorang lelaki berusia 80-an, cedera parah dan dibawa ke hospital.

Manakala seorang wanita berusia 70-an yang merupakan penumpang di dalam kereta itu mengalami serangan jantung.

Lubang benam itu menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk.

Punca sebenar lubang benam itu terjadi masih disiasat. – Agensi



Source link

OR

Scroll to Top