Sedia masak apa sahaja, Sheila Rusly suka menantu ‘request’ makanan

Sedia masak apa sahaja, Sheila Rusly suka menantu ‘request’ makanan


Pelakon dan penerbit Sheila Rusly mendedahkan dia tidak pernah meminta sebarang makanan daripada ibu mentuanya sepanjang 30 tahun mendirikan rumah tangga kerana perkara itu tidak pernah ditanyakan kepadanya.

Bagaimanapun, Sheila meluahkan rasa syukur apabila dikurniakan anak menantu yang gemar meminta pelbagai hidangan untuk dimasaknya.

Menerusi satu perkongsian di Threads, seorang individu bertanyakan mengenai perkara tersebut selain memaklumkan ibu mentuanya mengetahui makanan kegemarannya.

Menurut Sheila, dia sendiri gemar bertanya kepada menantunya mengenai makanan yang diinginkan sebelum memasak buat mereka.

“Alhamdulillah Allah kirimkan anak-anak menantu yang suka request. Saya pula suka tanya Sya dan Trice (menantu Sheila), nak makan apa hari ini?
“Ada teringin apa-apa tak? Mama masak,” katanya.

Perkongsian itu kemudian meraih perhatian ramai netizen yang memuji sikap penyayang Sheila selain menyifatkannya sebagai ibu mentua idaman.

Malah, ramai turut berharap dapat menjadi ibu mentua sepertinya apabila mempunyai menantu kelak.

Sumber: Threads Sheila Rusly 





Source link

OR

Scroll to Top