Sekumpulan individu bertopeng serang pusat hiburan di Cheras

Sekumpulan individu bertopeng serang pusat hiburan di Cheras


mhafis@mediaprima.com.my

Kuala Lumpur: Polis memburu sekumpulan lelaki yang dipercayai terbabit dalam kejadian khianat dan rusuhan di sebuah pusat hiburan di Cheras, di sini, hari ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk, Fadil Marsus berkata, pihaknya menerima laporan berhubung insiden itu pada jam 7.30 malam.

Menurutnya, kejadian dipercayai berlaku kira-kira 1.30 tengah hari apabila sekumpulan lelaki terbabit bertindak merempuh pintu pagar premis menggunakan sebuah lori.

“Mereka kemudian menceroboh masuk ke dalam pusat hiburan berkenaan.

“Suspek turut melakukan perbuatan khianat dengan memecahkan barangan di dalam premis itu.

“Susulan itu, kita kini giat mengesan semua individu yang terlibat bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 148 kanun yang sama kerana merusuh menggunakan senjata.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi balai polis berhampiran,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top