Pelakon popular, Uqasha Senrose menyorot perhatian ramai selepas berkongsi beberapa foto perkahwinan miliknya beserta foto surat akaun nikah miliknya bersama suami yang juga pelakon, Kamal Adli.
Kata Uqasha, dia meluahkan rasa terkejut dan bingung selepas mendakwa tarikh pernikahannya di dalam sijil tidak sama dengan tarikh sebenar dia diakadkan sekali gus mempersoalkan kesahihan perkahwinan tersebut.
Malah, dalam hnataran sama, dia mendapati dirinya dikahwinkan pada tarikh dan waktu yang berbeza tanpa pengetahuan jelas daripadanya.
“Allah Maha Besar… Masya-Allah satu lagi, aku dinikahkan dan diakad atas pengetahuan aku pada 5 November 2021 jam 9 pagi, tapi di sijil nikah aku dinikahkan pada 4 November 2025 jam 9.30 malam. Allahuakhbar.
“Adakah sah perkahwinan ini tanpa pengetahuan bakal isteri? Cukupkah syarat sah kahwin? Selama ni aku diperbodohkan oleh seluruh keluarganya dan bapa saya dimanipulasi oleh si dia dan keluarganya untuk kata sah sebab dah ada wali?” soalnya.

Luahan penuh emosi itu turut disertakan dengan permohonan agar pihak berautoriti serta golongan agamawan tampil membantu menjelaskan situasi sebenar yang dihadapinya.
“Ustazah dan ustaz, mohon dan tolong. Saya buntu dengan apa yang terjadi,” katanya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa simpati dan meninggalkan pelbagai respons mengenai hantaran berkenaan.



Sebelum ini, Uqasha nekad untuk meneruskan permohonan cerainya terhadap Kamal.
Pergolakan rumah tangga pasangan pelakon itu dikatakan berpunca akibat tiada persefahaman sekali gus mendorong Uqasha untuk memfailkan perceraian pada 1 Oktober lalu.
Untuk info, Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan hari ini menetapkan tarikh 28 Oktober depan untuk prosiding perceraian antara pasangan pelakon terbabit.
ARTIKEL BERKAITAN:Sayang Uqasha Senrose & Anak Melebihi Segalanya, Kamal Adli Mohon Warganet Henti Provokasi
ARTIKEL BERKAITAN:“Saya Bukan Burn Out Jaga Anak, Tapi Rindu Bila Terpaksa Tinggalkan” – Uqasha Senrose Jelaskan Salah Faham
ARTIKEL BERKAITAN:“She Stays Loyal, Even When She Was Hurting”- Muat Naik Petikan Tentang Kesetiaan, Luahan Hati Uqasha Senrose Cetus Tanda Tanya





