Bekas suami kepada pelakon dan penyanyi Erra Fazira iaitu Engku Emran menjadi perhatian apabila memuat naik gambar bersama Mr E ketika menghantar anaknya Engku Aleesya ke lapangan terbang.
Menerusi hantaran di Instagram, Engku Emran meluahkan rasa gembira bertemu dengan bapa tiri baru Aleesya serta mengucapkan selamat datang kepada Mr E dalam keluarga mereka.
BACA: “Uncle Ezwan Sangat Soft Spoken, Mak Saya Tomboyish”

“Selamat datang ke dalam keluarga, Mr. E. Akhirnya dapat berjumpa ayah tiri baharu kepada Aleesya,” tulisnya.
Dalam hantaran tersebut, Emran memaklumkan Aleesya ditawarkan untuk mengikuti kursus pendek di Oxford, UK setelah memperolehi keputusan cemerlang dalam IGCSE.
“Aleesya telah ditawarkan untuk mengikuti kursus pendek di Oxford UK kerana keputusan cemerlangnya dalam ujian IGCSE. Jadi kami bertiga menghantarnya berlepas dari KLIA, pagi semalam,” tulisnya.
Terdahulu, Engku Emran berkongsi kejayaan anak tunggalnya, Engku Aleesya, meraih keputusan cemerlang 7A dalam peperiksaan IGCSE.






