Selebriti popular, Fazura mengaku rindu untuk kembali merasa fasa kehamilan.
Menerusi hantaran di Threads, Fazura berkata demikian selepas dilihat membalas hantaran seorang individu yang tampil mendoakan dirinya agar dipertemukan dengan jodoh dan dikurniakan zuriat.
“Jom kita doakan @missfazura ditemukan jodoh dan dapat zuriatlagi. Aamiin,” tulis individu berkenaan.
Sedar dengan hantaran terbabit, pelakon filem popular, Manisnya Cinta Di Cappadocia itu tampil membalas kenyataan berkenaan dan memaklumkan, dia juga berharap segera dikurniakan rezeki untuk bertemu pasangan yang terbaik selain dapat merasai momen mengandung untuk cahaya mata keduanya pula.
“I miss being pregnant. Semoga ada rezeki dari Allah SWT lagi untuk second baby. Aamiin,” balasnya.

Untuk info, Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017.
Hasil perkahwinan, mpasangan ini dikurniakan cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya, 6.






