May 21, 2024

Serang Rafah: Matawang Israel alami kejatuhan terbesar


TEL AVI – Matawang Shekel Israel lemah sebanyak 1.3% kepada 3.75 setiap dolar pada hari Isnin di tengah-tengah ketegangan mengenai rancangan tentera untuk menyerang bandar Rafah di selatan Semenanjung Gaza.

Kejatuhan itu adalah yang terbesar dalam tiga minggu di tengah-tengah kebuntuan dalam rundingan tidak langsung antara Hamas dan Israel untuk mencapai gencatan senjata Gaza dan pertukaran tebusan.

Keadaan bertambah buruk di Semenanjung Gaza pada Isnin selepas tentera Israel mengeluarkan arahan pemindahan segera untuk penduduk Palestin di kawasan timur Rafah dan menyeru mereka berpindah ke bandar al-Mawasi di selatan Gaza.

Kira-kira 100,000 orang awam Palestin dianggarkan tinggal di kawasan yang akan dipindahkan, menurut radio tentera Israel.

Rafah mempunyai lebih lebih 1.5 juta pelarian Palestin yang kehilangan tempat tinggal, yang telah berlindung daripada perang yang dilancarkan oleh Israel berikutan serangan Hamas pada 7 Oktober lalu yang mengorbankan hampir 1,200 orang.

Sejak itu, serangan Israel telah membunuh lebih 34,700 rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.- Agensi



Source link

OR

Scroll to Top