Serangan baharu Iran babitkan dua kali ganda jumlah peluru berpandu

Serangan baharu Iran babitkan dua kali ganda jumlah peluru berpandu


Washington: Iran melancarkan kira-kira dua kali lebih banyak peluru berpandu balistik ke Israel, semalam, berbanding serangan sama pada awal tahun ini.

Jurucakap Pentagon, Mejar Jeneral Pat Ryder berkata, serangan itu kira-kira dua kali lebih besar dari segi bilangan peluru berpandu balistik.

“Laporan awal menunjukkan, Israel dapat memintas sebahagian besar peluru berpandu yang masuk dan terdapat kerosakan minimum di darat.

“Dua kapal pemusnah Amerika Syarikat melepaskan kira-kira sedozen pemintas sebagai sebahagian daripada usaha pertahanan,” katanya.

Iran berkata, serangan terbarunya ke atas Israel adalah sebagai tindak balas terhadap pembunuhan ketua Hizbullah, Hassan Nasrallah, minggu lalu, dan pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh, penghujung Julai lalu.

Ia menyusuli satu lagi gelombang dron dan peluru berpandu yang dilancarkan Iran pada April lalu, berikutan serangan udara yang dipersalahkan ke atas Israel yang menyasarkan misi diplomatik Tehran di Damsyik.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top