Pelakon versatile, Sharifah Sakinah tampil mengingatkan golongan yang menghidap Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) agar tidak menjadikan keadaan itu sebagai alasan untuk menutup sikap negatif diri.
Menerusi hantaran di Threads, Sakinah secara terbuka berkongsi bahawa setiap orang berhak mencari sisi positif dalam kehidupan meskipun berdepan cabaran emosi dan mental.
“Jangan jadikan ADHD sebagai alasan untuk tutup buruk sendiri. Kalau Ada ADHD tetapi tidak menyakitkan anda… enjoy the ride, see things positively,” katanya.

Bagaimanapun, pelakon filem Qifarah itu menegaskan, mereka yang mengalami keadaan lebih serius sehingga mengganggu kesihatan dan kehidupan harian perlu mendapatkan rawatan profesional.
“Kalau sakit jumpa lah doktor, rehat dulu dari kerja atau stop feeding your cheap dopamine. Contoh, g*nja alco atau street dr*gs, makan baring, social media,” jelasnya.






