Sharifah Shahirah Sokong Minat Auddra Jadi Artis

Sharifah Shahirah Sokong Minat Auddra Jadi Artis


Pelakon dan penyampai radio, Sharifah Shahirah menyokong penuh minat anaknya Auddra yang sememangnya meminati dunia seni sejak dulu lagi.

Memetik Oh Bulan, Shahirah yang mesra disapa Shiera berkata anaknya turut mengatakan mahu jadi sepertinya dan dia tidak menghalang minat Auddra untuk menjadi selebriti.

BACA: “Dia Kacukan Vietnam, Perancis” – Sharifah Shahirah Gembira Lihat Kebahagiaan Sakinah

“Saya teruskan saja sebab dia asyik cakap nak jadi seperti saya. Kalau bab sekolah pula dia nampak kurang minat. 

“Dekat sekolah kalau mata pelajaran itu kurang menarik dia memang tidak boleh duduk diam. Kalau ada yang menarik seperti sukan dia akan terus bersemangat,” katanya.

Sementara itu, Shiera berkata anaknya ada menerima beberapa tawaran lakonan namun dia yang akan menguruskan kerjaya anaknya serta tidak akan mengambil semua tawaran.

Tambahnya lagi, dia perlu mengajar anaknya mengenai disiplin apabila bergelar seorang pelakon terlebih dahulu sebelum melepaskan Auddra.

“Dia memang ada terima tawaran lakonan. Saya tidak ambil semua. Tapi saya risau sebab saya sudah pernah jadi pelakon dan tahu kesusahannya.

“Kalau boleh kena ada undang-undang untuk budak-budak sebab nanti mereka akan penat. Mereka bukan seperti pelakon dahulu yang mereka boleh lenjan tanpa henti.

“Kalau ambil banyak sangat episod takut susahkan orang lain. Saya kena ajar Auddra tentang displin dahulu, kemudian baru lepaskan dia,” katanya.

Sumber: Oh Bulan






Source link

OR

Scroll to Top