Perkongsian ringkas bekas suami kepada Nora Danish iaitu, Nedim Nazri, sekali lagi menyorot perhatian ramai apabila memuat naik foto pelakon jelita, Nadia Brian, beserta kapsyen penuh makna.
Menerusi perkongsian di media sosial, Nedim atau lebih dikenali sebagai Boss Ned berkata, aktres itu adalah penyebab kenapa hari-hari buruknya tidak selalu menang.
“She is the reason my bad days don’t win,” tulisnya ringkas.
Perkongsian berkenaan ternyata mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang rata-ratanya memuji tindakan Boss Ned sebagai berani selain menyifatkan pasangan ini sudah semakin terbuka di media sosial.


Tidak berdiam diri, Nadia juga kelihatan sempat membalas hantaran tersebut sekali gus menegaskan bahawa sebuah kebahagiaan itu bukanlah satu pertandingan.
“Happiness it’s not a competition. Ingat tu,” tulisnya.

ARTIKEL BERKAITAN:“Kami Dalam Proses Kenali Hati Budi” – Nadia Brian Akui Baru Sebulan ‘Berkawan’ Dengan Nedim Nazri
ARTIKEL BERKAITAN:“Ambil Wuduk Pun Buat Saya Tenang, Solat Macam ‘Dating’ Dengan Allah” – Nadia Brian
ARTIKEL BERKAITAN:“Nak Type Get Well Soon Pun Payah” – Nadia Brian Luah Rasa Terkilan, Dakwa Kawan ‘Musuh Dalam Selimut’
ARTIKEL BERKAITAN:Masih Mencari Cinta Sejati, Nadia Brian Anggap Lelaki Tak Tinggal Solat & Bertanggungjawab Seksi





