Ibu kepada pelakon Bella Astillah iaitu Siti Zarina Astillah meluahkan rasa syukur di atas pertunangan anaknya bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq.
Memetik mStar Online, Zarina berkata dia menangis apabila mendapat tahu Saddiq melamar anaknya dan tidak sangka anaknya dipertemukan dengan lelaki yang menerima seadanya.
BACA: “Bella Seorang Yang Sederhana, Tak Pernah Mengharap Perkara Hebat Dari Saddiq”
“Dengan rendah diri, siapalah anak saya ini. Saya terharu dan tak pernah terfikir ada lagi insan seperti Syed Saddiq yang menerima Bella seadanya.
“Ketika Bella beritahu Syed Saddiq dah melamar dan mengajaknya untuk bertunang, saya menitiskan air mata. Saya hanya berdoa semoga dia terus bahagia,” katanya.
Sementara itu, Zarina berkata Saddiq menunjukkan kesungguhan luar biasa dalam perhubungannya dengan Bella termasuk Ayden dan Ara.
“Alhamdulillah, dia beri usaha yang lain daripada lain. Maksudnya dia benar-benar mencintai anak-anak. Saya hanya mengharapkan semoga hubungan ini kekal sampai bila-bila,” katanya.
Sumber: mStar Online






