Sindrom Down tak halang Alessandra jadi pengutip bola Terbuka Barcelona

Sindrom Down tak halang Alessandra jadi pengutip bola Terbuka Barcelona


Barcelona: Terbuka Barcelona mencipta sejarah tersendiri apabila memberi peluang kepada Alessandra Bonhomi menjadi pengutip bola pertama yang mempunyai masalah Sindrom Down bertugas tanpa bantuan dalam perlawanan Jelajah ATP.

Alessandra yang tampil ketika aksi suku akhir beregu lelaki di Gelanggang Andres Gimeno melaksanakan tanggungjawabnya dengan cemerlang, sekali gus menerima sorakan gemuruh daripada penonton dan pujian meluas di media sosial selepas kejohanan itu mengetengahkan kejayaannya.

“Bagi kami, ini adalah hasil usaha yang panjang. Ia bermula sebagai impian ketika kami kemukakan idea ini, dan menjadikannya realiti adalah sesuatu yang sangat mengujakan untuk semua pihak,” kata Ketua Pasukan Pengutip Bola Terbuka Barcelona, Marc Visiedo menerusi laman rasmi kejohanan.

Sindrom Down boleh menyebabkan kelewatan perkembangan, kecacatan intelektual dan meningkatkan risiko masalah kesihatan tertentu bagi individu yang menghidapinya.

“Ia membuktikan kepada dunia bahawa sesiapa saja, termasuk mereka yang berdepan cabaran, mampu mencapai apa yang mereka impikan dalam hidup melalui usaha dan peningkatan diri,” kata Visiedo lagi.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top