Siti muncul juara Siri Antarabangsa Malaysia

Siti muncul juara Siri Antarabangsa Malaysia


PETALING JAYA: Pemain perseorangan wanita negara, Siti Zulaikha Azmi mengungguli gelaran pertama di peringkat senior selepas muncul juara pada Siri Antarabangsa Malaysia di Johor, hari ini.

Pada aksi yang berlangsung di Stadium Tertutup Educity itu, pemain berusia 18 tahun itu mempamerkan pukulan cemerlang apabila menewaskan wakil China, Lu Sheng Xuan 21-13, 21-16 dalam tempoh 33 minit.

Siti berkata, beliau bangga dengan perancangannya selepas kekal berada dalam landasan sekali gus strateginya menjadi seperti yang dirancang.

“Alhamdulillah, saya sangat bersyukur dengan kemenangan hari ini. Saya berjaya kekal fokus dan mengikut strategi yang dirancang.

“Sheng Xuan pemain yang bagus, jadi kemenangan ini sangat bermakna untuk saya,” kata Siti.

Untuk rekod, kejohanan ini menjadi gelaran antarabangsa untuk Siti dalam peringkat senior.

Pencapaian tertinggi beliau adalah menjadi naib juara pada Siri Antarabangsa Sri Lanka pada Februari lalu. – UTUSAN





Source link

OR

Scroll to Top