Baru-baru ini tular di media sosial, apabila seorang individu berkongsi pengalamannya melihat pelakon Zul Ariffin menunaikan solat di sebuah stesen minyak di Tangkak, Johor.
Solat di stesen minyak

Menurut individu tersebut, dia dan suaminya berhenti di Shell Tangkak ketika dalam perjalanan dan terkejut melihat pelakon terbabit sanggup menunaikan solat di surau yang agak sempit.

“Semalam, suami berhenti solat dekat Shell Tangkak kemudian ternampak Zul Ariffin solat dekat surau situ.
“Saya benar-benar kagum sebab surau tu kecil saja dan tidak sangka seorang artis seperti Zul Ariffin selesa solat dekat surau stesen minyak macam tu.
“Saya cakap dengan suami, ‘hebatnya Zul Ariffin. Okay saja solat dekat surau kecil macam itu. Kagum,” ciapan individu itu di Threads.

Meninjau ke ruangan komen, wargamaya turut memuji pelakon itu dalam menjaga hubungannya bersama Tuhan dan ada juga yang memberitahu bahawa Zul merupakan seorang aktor yang begitu mementingkan solat.
Malah ada juga yang meluahkan rasa kurang senang terhadap perkongsian tersebut kerana terlalu taasub terhadap manusia apabila melakukan perkara yang sewajibnya dilakukan sebagai seorang umat Islam.
Tak pernah tinggal solat

Pemikiran apalah macam ni

Artikel lain: “Makan you jelah” – Dialog Zul Ariffin dikecam, netizen luah rasa jijik
Terdahulu, tular satu adegan drama Bisik Asmara yang menampilkan gandingan Zul dan Uqasha Senrose menjadi topik hangat di media sosial.
Difahamkan, klip video itu memaparkan dialog yang digunakan oleh Zul yang didakwa mempunyai unsur lucah serta tidak sesuai bagi tontonan umum.
Sumber: Threads spels_dk






