Solekan Bertompok & Pudar Menjelang Tengah Hari, Cuba 9 Trik Touch Up Mudah Ini – Hijabista

Solekan Bertompok & Pudar Menjelang Tengah Hari, Cuba 9 Trik Touch Up Mudah Ini – Hijabista

Jika di Malaysia, mungkin pemakaian hijab itu bukan suatu yang aneh. Tetapi berbeza di Amerika Syarikat. Anda akan dipandang pelik jika memakai hijab. Namun, wanita ini tetap berani berdepan dengan stigma masyarakat. Penulis blog Muslimah fesyen, AModernHijabi, sentiasa peka dengan keadaan sekeliling sekali gus menonjolkan dirinya sebagai seorang Muslimah yang moden dan kekal trendy. Rania, figura yang sentiasa mementingkan penampilan dirinya.

Perbezaan yang ketara di antara hijabi di negara anda berbanding negara lain?

Dalam negara saya, Islam merupakan agama minoriti. Sedikit sebanyak saya terasa seperti berada di dalam dua dunia yang berbeza apabila menetap di Amerika Syarikat. Kami dilihat sebagai orang luar walaupun kami sebenarnya adalah rakyat Amerika. Kami sentiasa cuba untuk memecahkan stigma masyarakat terhadap kami.

Pada pendapat anda, apakah kualiti yang membuatkan seorang wanita itu nampak cantik ketika berhijab?

Kesopanan. Berhijab itu begitu indah, sama ada daripada segi berpakaian dan juga cara anda membawa diri. Kualiti yang lain termasuklah kerendahan hati dan juga rasa malu yang menebal dalam diri.

‘Do’s & dont’s’ bagi wanita berhijab?

Secara umumnya, saya amat mementingkan penjagaan aurat yang bukan sahaja rambut, tetapi merangkumi seluruh tubuh badan. Sekiranya saya memakai hijab dengan gaya ‘turban’, saya akan pastikan saya memakai baju berkolar, berleher ala ninja atau memakai selendang melilit leher.  Saya juga lebih gemar mengenakan pakaian longgar kerana ia lebih selesa.

Berbicara mengenai stail hijab, adakah anda mengikuti perkembangan yang terkini?

Sebenarnya, saya gemar menuba dan mengenakan pelbagai jenis fabrik, teknik atau fesyen bertudung yang terkini serta yang saya rasakan menarik. Namun, ia mesti selesa dan mengikut syarak.

Antara sifon, satin atau kapas, yang mana satu bahan hijab yang anda gemari?

Pada saat ini, saya gemar menggayakan fabrik yang terdiri daripada material jersi dan kapas mod. Ia sangat mudah untuk digayakan serta tidak licin.

Ada perancangan unuk mencipta label di bawah nama anda sendiri?

Sewaktu saya kecil, ibu bapa menjangkakan saya menjadi seorang pereka fesyen apabila saya diliha mempunyai minat yang mendalam dalam bidang fesyen ini. Buat masa sekarang, saya tidak mempunyai apa-apa rancangan unuk mencipta label saya sendiri. Namun, saya tidak menolak sekiranya ia akan terjadi pada masa hadapan.

5 perkara yang menggambarkan gaya anda dalam berfesyen.

Lapisan, warna, pelbagai fungsi, flowy dan floral!

Intuisi fesyen hijabi pada pandangan anda.

Saya melihat fesyen hijabi ini sebagai salah satu cara bagi seorang wanita Islam untuk mengikuti kepercayaan agama dan nilai-nilai tetapi dalam masa yang sama masih mengekalkan gaya peribadi mereka. Jadi, saya akan cuba memberikan contoh yang terbaik kepada Muslimah di laman blog atau laman sosial saya.

KREDIT FOTO: INSTAGRAM AMODERNHIJAB

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI

OR

Scroll to Top