Space Dollah ‘Terlepas Cakap’, Netizen Dakwa Bella & Syed Saddiq Bakal Bertunang?

Space Dollah ‘Terlepas Cakap’, Netizen Dakwa Bella & Syed Saddiq Bakal Bertunang?


Abang kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq iaitu Space Dollah seakan memberi bayangan mengenai status hubungan adiknya dengan pelakon Bella Astillah.

Menerusi satu potongan video, Dollah meluahkan rasa penghargaan serta secara tidak sengaja terlepas ungkapan ‘welcome to the family’ mengalu-alukan kehadiran Bella dalam keluarga mereka.

BACA: Syed Saddiq, Bella Astillah Nikah 28 Mac Depan?

“I appreciate you. I love you. Welcome to the f… Baru nak cakap welcome to the family, eh,” katanya.

Sementara itu, Dollah turut teruja menerima hadiah daripada Bella ketika melakukan sesi siaran langsung serta mengucapkan terima kasih.

“Bella! Bella! She’s giving so many gifts to me. Oh, I tahu why she kasi gift. Sebab hari tu bila dia kasi angpau dekat mama, I was happy lah. 

“You kasi angpau kat mama, you tak kasi kat me. She’s giving me a gift. Thank you so much, Bella,” katanya.

Diruangan komen, rata-rata netizen tidak sabar menantikan berita gembira daripada pasangan berkenaan.

“Ada war-war bilang BASS bakal bertunang 28.3.26 hehe..Betul atau tidak tarikh tu, yang pasti sekali lagi SpaceDollah spill the tea.. “WELCOME TO THE FAMILY” Bella.

“Semoga dipermudahkan segala urusan Yb dan Bella… Cannot wait for tomorrow? Mesti ada yg sweet2.

“Kelakar dollah ni. Berat sgt tanggung jawab dia nk simpan rahsia tu. Hampir tersasul dah,” komen netizen.

Sumber: Astro Gempak






Source link

OR

Scroll to Top