Speedy Tigers dibolosi lima gol di Belanda

Speedy Tigers dibolosi lima gol di Belanda


SKUAD hoki negara disifatkan telah memperagakan struktur pertahanan yang baik biarpun dibelasah Belanda, 5-0 dalam perlawanan persahabatan siri Jelajah Eropah di padang Kelab Hoki MIxed Arhem Upward, Arnhem, Belanda pada Jumaat.

Malah, pengendali The Speedy Tigers, Sarjit Singh menegaskan berdepan pasukan nombor satu dunia itu sebagai pendedahan terbaik untuk skuad berwajah baharu tersebut untuk bermain dengan lebih yakin.

“Permainan intensiti yang baik dan perlawanan baik untuk semua pemain menentang pasukan nombor satu dunia.

“Pada perlawanan hari ini, pemain bekerja lebih keras dan menunjukkan struktur pertahanan yang lebih baik berbanding perlawanan menentang Jerman.

“”Terdapat juga detik-detik dalam perlawanan apabila kami mengasak dan tidak hanya bertahan,” katanya.

Sebagai rekod, kekalahan ini merupakan ketiga Speedy Tigers dalam enam perlawanan.

Speedy Tigers memulakan kempen dengan tiga perlawanan menentang Belgium B, menang 3-2, kalah 2-4 dan menang 3-2.

Kemudian Speedy Tigers dibelasah 1-10 pasukan nombor lima dunia Jerman sebelum menewaskan kelab Hoki dan Tenis Bundesliga, Gladbach 9-2 di Monchengladbach selepas itu.

Speedy Tigers, yang menduduki ranking ke-12 dunia, akan berehat sehari sebelum menentang pasukan nombor tujuh dunia, India pada Ahad ini.



Source link

OR

Scroll to Top