Suami Safura Yaacob Hidap Kanser, Kini Merebak Ke Paru-Paru

Suami Safura Yaacob Hidap Kanser, Kini Merebak Ke Paru-Paru


Penyanyi dan pelakon Safura Yaakob memaklumkan suaminya, Sahronizam Noor disahkan menghidap kanser rawan tahap tiga dan kini mula merebak ke bahagian paru-paru.

Memetik Kosmo, Safura berkata suaminya sepatutnya menjalani pembedahan kedua hari ini namun terpaksa ditangguh ke tarikh lain.

BACA: Shahronizam Disahkan Hidap Kanser Tahap Dua

“Hari ini (semalam) sebenarnya ditahan di wad dan sepatutnya esok (hari ini) buat pembedahan yang kedua sebab bila buat Imbasan Tomografi Berkomputer (CT Scan) balik, ada sedikit (sel kanser) tersebar ke paru-paru.

“Kita dah beli peralatan yang doktor suruh beli dalam RM700 lebih untuk digunakan semasa pembedahan tapi doktor pagi ini (semalam), mungkin pembedahan akan ditangguhkan.

“Esok (hari ini) kita akan berbincang sekali lagi dengan pakar nak tahu sama ada pembedahan ini diteruskan atau ada rawatan lain,” katanya.

Sementara itu, Safura berkongsikan suaminya menunjukkan perkembangan positif dan dilihat sihat biarpun sedang menghidap kanser yang sangat agrasif.

“Keadaan dia sangat okey, kuat dan positif. Kalau kalian tengok dia macam sihat tapi sebenarnya menghidap kanser tulang rawan tahap tiga.

“Doktor kata kanser dia sangat agresif. Tulang belikat dia ada timbul dan doktor terpaksa potong separuh bahagian yang kena sebab takut merebak ke atas,” katanya.

Sumber: Kosmo






Source link

OR

Scroll to Top