Penyanyi Ameng Spring mendedahkan kebaikan Datuk Jamal Abdillah ketika dia berdepan pengalaman dipenjara sebelum ini.
Menerusi siaran langsung di TikTok, Ameng berkongsikan kisah tersebut kepada anak Raja Pop Negara, Zaki Yamani.
BACA: “Terima Kasih Ya Allah Lahirkan Saya Dalam Keluarga Sempurna” – Anak Ameng
Menurut Ameng, ketika itu Jamal membawa duit untuk membayar wang jaminan ketika dia dipenjara kerana kesalahan penyalahgunaan dadah.
“Bapa awak datang penjara, bawa duit nak jamin uncle. Dia nak uncle keluar cepat sampai begitu sekali, dia sangat prihatin. Bapa awak tu baik tau,” katanya.
Sementara itu, Ameng berkata lagi Jamal turut bertanya kepada pengarah penjara ketika itu namun kes yang disabitkan tidak boleh dijamin.
“Dia tanya pengarah (pihak penjara), Ameng Spring ni boleh jamin tak? Masalahnya kes uncle tak boleh jamin. Bapa awak kata, ‘Ameng setiap kali aku nampak kau, aku teringat diri aku yang dulu.’” katanya.
Terdahulu, Ameng pernah dihukum penjara kerana kesalahan dadah pada tahun 2011 sebelum dibebaskan pada tahun 2016.
Terdahulu, Ameng pernah dihukum penjara kerana kesalahan dadah pada tahun 2011 sebelum dibebaskan pada tahun 2016.






