DUA pemain perseorangan wanita remaja negara, Teoh Sue Mei dan Annabell Gan Tze Zhen, melangkah bergaya ke pusingan kedua Kejohanan Badminton Petronas Bawah 18 (B-18) Tahun Kebangsaan 2025 selepas mencatat kemenangan mudah di Dewan Akademi Badminton Perak, Ipoh pada Rabu.
Gandingan pemain berusia 16 tahun itu, Sue Mei dari Kuala Lumpur dan Annabell mewakili Melaka, tidak berdepan banyak rintangan apabila masing-masing menamatkan perlawanan straight set.
Sue Mei hanya mengambil masa 17 minit untuk menyingkirkan wakil Perlis, Puteri Sakinah Abdullah 15-3, 15-4, manakala Annabell pula memerlukan 20 minit menjinakkan Tan Jing Er dari Kedah 15-12, 15-7.
Esok, Sue Mei akan berdepan Teoh Min Yi dari Kedah, manakala Annabell bakal menguji keupayaan pemain pilihan ke-9/16 kejohanan, Chong Wan Xin dari Pahang.
Sementara itu, rakan sepasukan Jing Er, Ang Sin Yin, turut juga mencuri tumpuan apabila masing-masing memulakan langkah kanan.
Set penentuan, Yew Ern tidak menoleh kebelakangan meneruskan kutipan mata demi mata untuk menang 15-6 bagi berdepan cabaran pemain Sarawak, Brenda Jong Jing Hui.
Pemain perseorangan Perak, Choon Zhuo Hao juga mara selepas menewaskan wakil Terengganu, Thaqif Ahnaf Rosdi dalam aksi straight set, 15-8, 15-12.
OR