Sukan Paralimpik Paris: Liek Hou hadiahkan emas pertama

Sukan Paralimpik Paris: Liek Hou hadiahkan emas pertama


PETALING JAYA: Jaguh badminton para negara, Cheah Liek Hou menghadiahkan pingat emas pertama buat kontinjen negara di Sukan Paralimpik Paris 2024 selepas mengungguli acara perseorangan lelaki SU5, sebentar tadi.

Dalam aksi di Porte de La Chapelle Arena itu, Leak Hou berjaya menewaskan wakil Indonesia, Suryo Nugroho secara straight set 21-13, 21-15 sekali gus mempertahankan emas yang pernah di menanginya di Tokyo 2020.

Turun slaku pilihan utama, Liek Hou membuktikan statusnya sebagai juara dunia lapan kali apabila mempamerkan penguasaan penuh dalam aksi kedua-dua set dan menamatkan pertarungan dalam masa 41 minit.

CHEAH Liek Hou meraikan kejayaan bersama jurulatihnya, Nova Armada.-IHSAN MPM

Selepas meraih mata kemenangan Leak Hou melompat ke arah jurulatihnya, Nova Armada untuk meraikan kejayaan menepati sasaran emas yang diletakkan kepadanya dalam temasya kali

Kejayaan memenangi emas kali ini menyaksikan Liek Hou bakal menerima ganjaran sebanyak RM1 juta di bawah Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM).- UTUSAN





Source link

OR

Scroll to Top