Sukma Sarawak: Pahang sasar 2 pingat emas dari sukan tinju

Sukma Sarawak: Pahang sasar 2 pingat emas dari sukan tinju


KUANTAN – Pahang mensasarkan dua pingat emas acara sukan tinju daripada keseluruhan 40 pingat yang disasarkan pada Sukan Malaysia (Sukma) Sarawak 2024.

Exco Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Pahang, Fadzli Mohamad Kamal berkata, Pahang optimis menjadi lima kontinjen terbaik pada temasya itu.

Jelasnya, meskipun masih belum berpuas hati dengan prestasi yang dipamerkan atlet namun pihaknya yakin sasaran tersebut dapat direalisasikan berdasarkan komitmen yang diberikan kerajaan negeri.

”Terus terang ada sukan yang belum capai apa yang saya nak. Saya sudah zahirkan kepada jurulatih, pengurus dan penyelaras sukan bagi memantau prestasi dan persiapan sukan para atlet.

”Sejujurnya saya tak mengalah lagi saya harap Pengarah Majlis Sukan Pahang (MSP) sendiri pantau untuk mencapai sasaran (pingat) acara sukan tertentu.

”Saya belum berpuas hati (prestasi atlet) kerana saya masih belum tengok kesemua sukan, bila saya sudah melihat semua baru saya komen. Tapi saya puasa hati dengan kesungguhan pegawai dan jurulatih, baru adil untuk komen lepas saya tegok semua,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media ketika membuat tinjaun persiapan atlet sukan tinju di Pusat Tinju MSP, hari ini.

Jelasnya, beliau sudah meninjau persiapan atlet bagi 18 daripada 36 acara yang bakal disertai oleh pasukan Pahang.

Selain tinju, kontinjen pahang mensasarkan pingat bagi acara menembak, memanah dan pencak silat.

Pahang mensasarkan dua pingat emas bagi acara sukan tinju sempena Sukan Malaysia (Sukma) Sarawak 2024

”Macam sukan tinju saya nak dua pingat emas, mereka kena sediakan pingat, ini KPI semua jurulatih, pegawai sukan dan semua.

”Kita (Pahang) handal menembak, memanah dan pencak silat, kerajaan negeri memang berbelanja besar untuk atlet-atlet, kita galakkan dalam perjumpaan secara terbuka dengan jurulatih, kalau prospek untuk pingat emas kita sedia berbelanja, kita dah buktikan. Banyak atlet terima latihan luar negara,” tambah Fadzli.

Menurutnya Pahang melaksanakan beberapa inisiatif penting terutama dalam soal kebajikan kepada atlet dalam membela jurulatih dan pegawai.

Sementara itu, Fadzli berkata Pahang akan menghat 600 atlet pada Sukma Sarawak yang mana 50 peratus adalah muka baharu.

Pada Sukma 2022, Pahang menduduki tempat kesembilan dengan meraih 22 pingat emas, 21 perak dan 27 gangsa.  – MalaysiaGazette



Source link

OR

Scroll to Top