July 27, 2024

Syafiq kembali perkuat jentera serangan Harimau Malaya

Syafiq kembali perkuat jentera serangan Harimau Malaya


KUALA LUMPUR – Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan Gon hari ini  mengumumkan senarai 26 pemain yang dipanggil ke kem latihan pusat sebagai persiapan menghadapi Kelayakan Piala Dunia 2026 pada Jun ini.

Daripada senarai itu, Pan Gon telah mengekalkan seramai 16 daripada 24 pemain daripada skuad ketika menentang Oman pada 21 dan 26 Mac lalu.

Beberapa pemain terpaksa diketepikan kerana masalah kecederaan seperti Faisal Halim, Arif Aiman Hanapi, Azam Azmi Murad dan Romel Morales.

Lebih menarik, Syafiq Ahmad turut kembali dipanggil memperkuatkan jentera serangan bagi menggantikan tempat Romel Morales.

Kem latihan pusat itu akan bermula pada Isnin depan selepas setiap pemain selesai tugasan bersama kelab masing-masing.

Foto FB FAM.

Antara pemain baharu yang tersenarai ialah penjaga gol, Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi (Kedah Darul Aman FC), Adib Ra’op (Penang FC), Feroz Baharudin (Johor Darul Ta’zim), Declan Lambert (Kuala Lumpur City FC),  dan Engku Shakir Engku Yacob (Terengganu FC).

Skuad Harimau Malaya akan turun beraksi untuk perlawanan kelima Kumpulan D menentang Republik Kyrgyz pada 6 Jun ini di Stadium Dolen Omurzakov, Bishkek sebelum terbang pulang bagi perlawanan keenam bertemu Chinese Taipei di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 11 Jun depan.

Sementara dua lagi pertembungan lain dalam Kumpulan D menyaksikan Chinese Taipei bertemu Oman di Taipei pada 6 Jun ini sebelum Oman menanti kunjungan Republik Kyrgyz di Muscat pada 11 Jun depan.

Kemenangan amat penting untuk mencerahkan peluang mendapatkan tiket automatik layak ke Piala Asia 2027 serta mara ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026. – MalaysiaGazette



Source link

OR

Scroll to Top