Syahmi hadiahkan emas keenam buat Malaysia

Syahmi hadiahkan emas keenam buat Malaysia


PETALING JAYA: Atlet angkat berat negara, Mohamad Syahmi Nor Ghazali menambah pingat emas keenam buat Malaysia selepas mengungguli acara 94 kilogram (kg) pada Sukan Komanwel 2026 di Glasgow.

Lebih membanggakan atlet berusia 22 tahun itu melakukan jumlah angkatan 347kg sekali gus memperbaharui rekod temasya.

Tempat kedua dimenangi wakil dari Kanada, Alex Bellemarre selepas jumlah angkatannya kurang 1kg daripada Syahmi manakala gangsa milik Oliver Riley Saxton dari Australia (336kg).

Syahmi memulakan saingan acara snatch dengan angkatan 150kg namun percubaan pertamanya gagal sebelum berjaya mengangkat bebanan tersebut pada percubaan kedua.

Dia kemudiannya memulakan cabaran acara clean&jerk dengan angkatan 197kg sekali gus memperbaharui rekod temasya, 10kg lebih tinggi berbanding percubaan pencabar terdekatnya, Bellemarre.

Kelebihan berpihak kepada Syahmi selepas Bellemarre gagal mengangkat bebanan 192kg pada percubaan kedua dan ketiganya. – UTUSAN

 

 



Source link

OR

Scroll to Top