May 24, 2024

Syamer Kutty kembali sarung jersi Penang FC


KUALA LUMPUR – Pemain tengah Harimau Malaya, Syamer Kutty Abba kembali menyarung jersi Penang FC dalam saingan Liga Malaysia 2024-2025.

Perkembangan itu dimaklumkan Penang FC menerusi hantaran di media sosial kelab tersebut, semalam.

Pemain tengah berusia 27 tahun itu dipinjamkan selama semusim dari Johor Darul Ta’zim (JDT).

Anak jati Pulau Pinang itu pernah menyarung jersi pasukan utara tanah air tersebut pada 2016 dan 2017 sebelum ke JDT pada 2018.

Pada tahun yang sama, dia telah dipinjamkan kepada kelab Vilaverdensen di Portugal.

Syamer mewakili Malaysia di peringkat remaja, bermain untuk peringkat bawah 17, 19, 20 dan 23 tahun.

Pada Oktober 2017, Syamer menerima panggilan pertamanya ke pasukan kebangsaan untuk latihan pusat sebagai persediaan perlawanan kelayakan Piala Asia 2019 menentang Hong Kong pada 10 Oktober 2017.

Syamer membuat penampilan sulungnya untuk Malaysia menentang Hong Kong pada kelayakan Piala Asia 2019.

Pada 4 November 2018, dia telah tersenarai dalam pasukan kebangsaan untuk Kejohanan AFF 2018.

Pada 27 Mei 2022, Syamer menjaringkan gol antarabangsa pertamanya menentang Brunei dalam perlawanan persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Syamer juga merupakan sebahagian daripada pasukan Malaysia yang layak ke Piala Asia 2023 dan bermain kesemua tiga perlawanan menentang Turkmenistan, Bahrain dan Bangladesh dalam Pusingan Ketiga Kelayakan Kumpulan E.

Syamer juga merupakan sebahagian daripada skuad yang layak ke Piala Asia 2023. – MalaysiaGazette



Source link

OR

Scroll to Top