“Syed Saddiq Antara Hadiah Birthday Paling Bermakna Untuk Ara” – Team BASS

“Syed Saddiq Antara Hadiah Birthday Paling Bermakna Untuk Ara” – Team BASS


Hubungan akrab antara Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq dengan anak-anak pelakon Bella Astillah sentiasa menjadi perhatian ramai.

Baru-baru ini, meskipun dalam misi Larian Kesyukuran, Syed Saddiq tetap meluangkan masa menyambut ulang tahun kelahiran Ara Adreanna pada Sabtu lalu.

BACA: Bella Astillah Lari 17 Kilometer Demi Syed Saddiq, Pecah Rekod Peribadi

Menerusi satu hantaran kumpulan BASS Official, Ara dilihat teruja bertemu dengan Syed Saddiq serta menyifatkan Ahli Parlimen itu antara hadiah paling bermakna buat anak Bella.

“Kami rasa Saddiq antara hadiah ulang tahun paling bermakna untuk Ara. Walaupun dah penat dari awal pagi sampai malam, lepas berlari, kena serbu dengan ramai orang lagi tapi Saddiq tetap datang luangkan masa untuk raikan Ara, keluarga dan keluarga Bella,” tulis hantaran itu.






Source link

OR

Scroll to Top