Pelakon Bella Astillah selamat mengikat tali pertunangan dengan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq.
Dalam majlis serba indah itu, Syed Saddiq menyerahkan lima dulang hantaran berbalas tujuh daripada Bella.
BACA: Space Dollah ‘Terlepas Cakap’, Netizen Dakwa Bella & Syed Saddiq Bakal Bertunang?
Antara menjadi perhatian, antara pemberian hantaran Syed Saddiq pembukaan tabung haji buat bakal isterinya dan dua akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) untuk anak-anak pelakon itu iaitu Ayden dan Ara.
Sementara itu, Bella memberikan beberapa dulang hantaran set minyak wangi, makanan kucing dan beberapa hadiah menarik.
Sumber: mStar Online






