Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq, mencuri perhatian ramai apabila seakan-akan memberi bayangan bakal berlaku sesuatu yang istimewa antara dirinya dan penyanyi Bella Astillah sempena menyambut tahun baharu 2026.
Syed Saddiq kongsi azam 2026
Menerusi video yang dikongsi akaun TikTok budak.tadika, Syed Saddiq tampil bersama di atas pentas ketika Bella membuat persembahan pada acara sambutan ambang tahun baharu di Sunway City Iskandar Puteri, Johor Bahru, malam Rabu.
Ahli politik muda itu menyifatkan perkara tersebut sebagai azam peribadinya untuk tahun ini.
“Semua orang ada azam sendiri, saya juga ada. Itu untuk pengetahuan keluarga saya dan Bella. Insha-Allah masanya akan tiba,” katanya, sekali gus mengundang sorakan peminat yang hadir.
Bella wanita istimewa
Apabila diusik mengenai perkara paling penting dalam hidupnya, Syed Saddiq secara spontan menyebut nama Bella dan menyifatkan wanita itu cukup istimewa di hatinya.
“Bertemu wanita yang istimewa di sebelah saya ini. Bukan susah nak jawab soalan itu.
“Jika tidak, saya tidak akan memakai ini (sambil menunjukkan baju yang tertera wajah Bella). Sebab itu saya letakkan wajah wanita istimewa ini di dada,” luahnya.

Sebak dengar ucapan YB
Bella yang berada di atas pentas bersama dilihat tersipu-sipu malu susulan pengakuan terbuka tersebut, sekali gus menguatkan lagi spekulasi peminat mengenai hubungan istimewa mereka menjelang 2026.
Rata-rata peminat menyuarakan rasa tidak sabar menantikan hari istimewa berkenaan.

Cepatlah kahwin!

YB tak bagitahu di IG, tapi bagitahu satu Johor

Kita dah kena sedia baju kenduri ke?

Artikel lain: Kongsi gambar bersama, Bella Astillah titip ucapan hari lahir buat Syed Saddiq
Hubungan akrab antara Bella Astillah dengan Syed Saddiq telah menjadi perhatian ramai sejak mereka digandingkan sebagai duta beberapa produk.
Sejak dari itu, fenomena BASS kerap menjadi sorotan dan para peminat tidak henti-henti mendoakan supaya hubungan mereka berlangsung hingga ke fasa seterusnya.
Sumber: TikTok budak.tadika






