Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyampaikan sendiri biskut raya air tangan selebriti, Bella Astillah kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Minggu lepas tak sempat berjumpa
Menerusi hantaran di media sosial Syed Saddiq, beliau memaklumkan tempoh hari tidak sempat bertemu dengan Anwar sewaktu di festival jualan memandangkan ada tugas lain ketika itu.
“Dari Muar terus ke Putrajaya untuk berjumpa dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim
“Minggu lepas masa YAB PM datang ke Absolute Fest dan sempat jumpa Bella Astillah , saya pula tak dapat bersama sebab tengah LIVE selling dengan Dr Cardin, demi cari rezeki tambahan,” tulisnya.
Panas lagi baru keluar dari ketuhar
Syed Saddiq turut memberitahu bahawa biskut raya yang diberi kepada Perdana Menteri adalah istimewa dari air tangan Bella Astillah sendiri dan beliau hanya membantu meletakkan hiasan di atas biskut tersebut.
“Hari ini dapatlah saya sampaikan sendiri kuih raya yang Bella buat. Freshly baked, straight out of the oven.
“Saya? Setakat tabur cherry dekat atas saja, itu pun dah kira maksimum bakat,” selorohnya.

Dikesempatan itu, beliau juga menyatakan sempat berbincang beberapa isu semasa dan mengucapkan terima kasih kerana sudi meluangkan masa bertemu walaupun sedang sibuk dengan beberapa cabaran.
“Terima kasih YAB PM atas nasihat yang sangat bermakna, dan kerana sudi meluangkan masa untuk bertukar pandangan tentang isu-isu semasa.
Saya amat menghargai masa tersebut, lebih-lebih lagi ketika YAB PM sedang mengimbangi pelbagai cabaran besar, daripada konflik geopolitik di Timur Tengah, kepada usaha menstabilkan ekonomi negara, hingga persiapan rang undang-undang reformasi di Parlimen,” ujarnya lagi.
Artikel lain: Selamat hari lahir, Iron lady. Lembut bila perlu, kental bila diuji – Syed Saddiq
Sebelum ini, Anwar sempat bertemu dengan Bella Astillah di Absolute Fest dan gurauan daripada Perdana Menteri telah menjadi perhatian para peminat selebriti tersebut.
Mana tidaknya, ramai yang sudah tidak sabar menanti khabar gembira daripada Bella dan ahli politik muda terbabit yang dikatakan sudah tidak lama lagi.
Sumber: Instagram syedsaddiq





