Syukurlah aib kita masih Allah jaga – Marissa Dania Hakim

Syukurlah aib kita masih Allah jaga – Marissa Dania Hakim


KUALA LUMPUR : Seakan memberi gambaran tentang apa yang sedang dialaminya, pempengaruh, Marissa Dania Hakim, mengingatkan warganet supaya menjaga butir bicara dan usah menyebarkan gosip.

Menurut anak pasangan pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim, tindakan seperti itu boleh mengundang fitnah.

“Berhenti sebarkan khabar angin dengan pelbagai spekulasi yang akan membawa kepada fitnah.

“Berhati-hati dengan apa yang anda tuturkan dan berfikir,” katanya menerusi Instagram.

Dalam masa sama, Marissa turut mengingatkan supaya orang ramai bersyukur bahawa segala aib mereka masih tersimpan rapi.

“Bersyukurlah aib kita masih dijaga Allah SWT,” ujarnya.

Minggu lalu, suaminya iaitu Ahmad Aslam mengesahkan bayi sulungnya hasil perkahwinan dengan Marissa meninggal dunia selepas dilahirkan pada usia kandungan enam bulan.

Bahkan dalam kenyataan itu, Aslam berkata hanya orang tertentu sahaja tahu mengenai perkara berkenaan termasuk bapa mentuanya.

Rentetan daripada berita duka itu, terdapat netizen yang melemparkan kecaman selain menganggap perkara tersebut sebagai kifarah kepada tindakannya berkahwin di Thailand tanpa pengetahuan keluarga.-UTUSAN





Source link

OR

Scroll to Top