Sze Fei–Izzuddin ambil masa 35 minit jinakkan Jhe Huei–Po Hsuan di Shenzhen Arena. FOTO: AGENSI
BEREGU badminton lelaki negara, Goh Sze Fei–Nur Izzuddin Rumsani dan pasangan beregu campuran, Chen Tang Jie–Toh Ee Wei mengesahkan slot ke suku akhir Masters China Super 750 selepas mengharungi aksi berbeza dalam pusingan kedua di Shenzhen Arena, pada Khamis.
Sze Fei–Izzuddin tampil bertenaga apabila menewaskan gandingan Taiwan, Lee Jhe Huei–Yang Po Hsuan 21-16, 22-20 dalam tempoh 35 minit.
Kemenangan itu membolehkan Fei-Din menebus kekalahan di Kejohanan Dunia baru-baru ini, selain melebarkan rekod kepada 4-2 ke atas Jhe Huei– Po Hsuan.
Sementara itu, Tang Jie–Ee Wei yang tampil dengan reputasi juara dunia turut melangkah bergaya selepas menewaskan beregu Indonesia, Jafar Hidayatullah–Felisha Pasaribu 21-13, 13-21, 21-16 dalam pertarungan sengit 63 minit.
Kemenangan tersebut menyaksikan Tang Jie–Ee Wei yang menghuni ranking ketiga dunia mengekalkan rekod bersih dalam empat pertemuan menentang lawan mereka.
Bagaimanapun, nasib berbeza menimpa beregu campuran negara, Goh Soon Huat–Shevon Jemie Lai apabila tersingkir selepas tunduk kepada pasangan Taiwan, Ye Hong Wei–Nicole Gonzales Chan
Soon Huat–Shevon Lai yang tewas set pertama 6-21 bangkit mengikat kedudukan 21-16 sebelum akur tewas 12-21 kepada lawan dalam aksi 40 minit.
Ringkasan AI
- BEREGU badminton lelaki negara, Goh Sze Fei–Nur Izzuddin Rumsani dan pasangan beregu campuran, Chen Tang Jie–Toh Ee Wei mengesahkan slot ke suku akhir Masters China Super 750
- Sze Fei–Izzuddin mengalahkan gandingan Taiwan, Lee Jhe Huei–Yang Po Hsuan 21-16, 22-20 dalam masa 35 minit
- Fei-Din menebus kekalahan di Kejohanan Dunia dan melebarkan rekod kepada 4-2 ke atas Jhe Huei– Po Hsuan
- Tang Jie–Ee Wei menang melawan beregu Indonesia, Jafar Hidayatullah–Felisha Pasaribu dengan skor 21-13, 13-21, 21-16 selepas pertarungan 63 minit
- Goh Soon Huat–Shevon Jemie Lai tersingkir setelah tunduk kepada pasangan Taiwan, Ye Hong Wei–Nicole Gonzales Chan